BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

TUTORIAL PHOTOSHOP 1

Tajuk: Mencipta struktur atau permukaan terbakar dan api.

1. Mulakan dengan membuka satu Document yang baru. Pergi Kepada
File dan klik New. Kotak New akan muncul. Taipkan Width = 300 pixels,
Height = 300 pixels dan Resolutions = 96.012 pixels/inch.

Anda juga boleh melakukan ia dengan menekan butang Ctrl+N pada keyboard.





















2. Wujudkan satu layer baru (Layer1). Klik pada ikon yang ditunjukkan dengan
warna merah seperti di dalam rajah di bawah. Anda juga boleh melakukannya
dengan menekan butang Shift+Ctrl+N pada keyboard.




3. Klik pada Set foreground colour dan masukkan kod warna # 6E785F dan klik
Ok. Untuk memasukkan warna tekan butang Alt +Backspace pada keyboard.

















4. Pada menu pilih Filter kemudian klik pada Noise dan Add Noise.





5. Dalam kotak Add Noise taipkan Amount 5.41% dan pastikan kotak Uniform
dan Monochromatic ditanda, seterusnya klik Ok.



6. Buatkan satu lagi layer baru (Layer2).




7. Dengan menggunakan Lasso Tool wujudkan satu bentuk seperti yang
ditunjukkan di bawah.























8. Klik pada Set foreground colour dan masukkan kod warna # 776C5F, untuk
memasukkan warna tekan butang Alt+Backspace pada keyboard. Kemudian
klik kanan pilih Deselect.




9. Double klik pada Layer2. Kotak Layer Style akan muncul. Pilih Style
Outer Glow dan taipkan pada Opacity 21% dan pilih Size 5. Jangan klik
butang Ok.







10. Seterusnya pilih Style Inner Glow, taipkan pada Opacity 75%, Noise 35%,
Choke 4% dan Size 21 px ruangan Structure dan Element Iner Glow. Anda
diingatkan supaya tidak menekan butang Ok terlebih dahulu.




11. Dalam ruangan Inner Glow, Structure, Blend Mode pilih Normal. Pilih warna
dengan menekan kotak seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.
Kemudian klik butang Ok.












12. Sekarang Image anda sepatutnya adalah seperti gambarah di bawah.





13. Kini wujudkan New Layer (Layer3), kemudian cipta satu bentuk dengan
menggunakan Rectangular Marquee Tool seperti gambarajah di bawah. Klik
pada Set foreground colour dan masukkan kod warna # 9B7C71, untuk
memasukkan warna tekan butang Alt+Backspace pada keyboard. Kemudian
klik kanan pilih Deselect.







14. Sekarang wujudkan satu lagi New Layer (Layer4). Dengan menggunakan
Lasso Tool, buatkan satu bentuk seperti yang anda dapat lihat pada Image di
bawah.





15. Seterusnya pilih Gradient Tool daripada Toolbar.







16. Di sini klik pada kotak yang dibulatkan biru seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah terlebih dahulu untuk mengaktifkan Linear Gradient, seterusnya
klik pada ruangan yang dibulatkan merah untuk mendapatkan pilihan warna.








17. Di sini, anda perlu memilih warna seperti yang ditunjukkan di dalam
gambarajah di bawah. Anda hanya perlu klik pada ruangan yang ditandakan
dengan bulatan merah untuk membuat pilihan warna.




18. Sekarang masukkan warna tadi dengan menggunakan Gradient Tool.
Mulakan dengan membuat garisan dari bawah ke atas.






19. Di sini berikan sedikit kesan (Effect) dengan menggunakan Smudge Tool
Brush, Size 20 / Mod Normal / Strength 70. (Terletak di bawah tool Eraser)





20. Tambahkan sedikit lagi kesan (Effect) dengan menggunakan Dodge Tool
Brush, Size 40 / Range Midtone / Exposure 60. (Terletak di bawah Gradient
Tool).













21. Double klik pada Layer4, Kotak Layer Style akan muncul. Pilih Style Inner
Glow dengan Opacity 80% / Noise 2% / Choke 1% / Size 16%.



22. Seterusnya pilih Style Outer Glow dengan Opacity 36% / Size 5px, kemudian
klik Ok.



23. Sekiranya hasil Image anda seperti yang kelihatan di dalam gambarajah di
bawah bermakna anda telah berjaya.

0 comments: